'...aKU dAN seSUatu...daRI sUDuT iNI...iNILaH aKU...'





   

<< April 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti.. Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan? Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi? Percik air lembutlah ia...! Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga? Sentuh dasarnya, lunaklah ia...! Benarkah begitu...? Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau! Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir, kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku! Bahtera ini, arah kita tak serupa padamu... aku dendam yang tak terungkai, padaku... kau sahabat yang melukakan Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?
***
Bacalah hati perempuan NAZAWATI dalam Teluki Itu untuk Aku. Bandingkan dia dengan hati anda sendiri!
Dalam juraian hujan...mengapa ucapan perpisahan yang kau lafazkan... Aku sesekali tidak pernah buang dirimu dari hatiku. Sesekali tidak. Dan tidak mungkin! Kerana masih ada janji-janji kita yang belum tertunai. Harapan dan impian indah di Sungai Thames... aku ingin ulanginya dalam bulan madu kita. Namun entah di mana silapnya... hujan panas menenggelamkan harapan dan impian yang hampir tertunai. Dan lumrah orang bercinta... kau dan aku tidak sunyi daripada sengketa dan salah sangka. Lalu perpisahan pun menjadi noktah kasih sayang. Namun tidak menoktahkan rasa rindu yang saban hari hadir memayungi hati, membasahkan ingatanku daripada terus melupakanmu, meletakkan aku dalam kancah resah yang tidak sudah. Amirul Taufiq... aku akur bila ada gadis lain jatuh cinta padamu. Dan salah seorang daripadanya bukanlah asing padaku. Insan yang aku sanjungi... yang menyebabkan aku mampu bernafas dan tersenyum sehingga ke hari ini. Pengorbanannya juga bukan sedikit untukku lukakan hatinya. Aku masih belum tergamak untuk memusnahkan impian indahnya... juga impian indah mereka... impian indah untuk hidup bersamamu. Nyatanya aku juga tidak mampu untuk lupakan dirimu dari hatiku. Namun apalah sangat dengan pengorbananku yang sekecil ini. Lalu aku izinkan hati ini dilukai. Kerana kebahagiaan yang sebenar ialah bila kita mampu berkorban untuk orang yang disayangi. Pedulikan hati sendiri... kerana orang lain tidak perlu tahu apa yang kita rasa. Dan kalau memang jodoh itu milik kita... aku tidak akan teragak-agak untuk menerimamu kembali. Menerima dan melupakan sengketa lama yang menyebabkan kau dan aku menderita...


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Wednesday, April 08, 2009
:: Biru kesukaan Aku! ::

Hehe...bila dapat cover Teluki, aku jadi teruja! Hahaha...macam tahu-tahu aje kaksu dan kakyah, biru itu kesukaan aku! Nanti sikit lagi aku kasik tepek sini. Kebetulan pulak, Kembalikanlah Kasihku pun biru juga. Wahhh..hidup aku dilingkari biru-biru..(bukan haru biru eh!) Aku suka! Wink

Posted at Wednesday, April 08, 2009 by lobakbiru

nadia
October 26, 2009   04:32 PM PDT
 
cite nie best giler.. sy bc lepas terbace kat bolg http://novelmelayuku.bolgspot.com la.. hemmm bestttt.
asrar87
October 8, 2009   03:32 PM PDT
 
ske sgt buku akk.dh lm sbnrnye bl since pesta buku pwtc ag tp br hr ni rs nk komen.tahniah ek..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry