'...aKU dAN seSUatu...daRI sUDuT iNI...iNILaH aKU...'





   

<< April 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti.. Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan? Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi? Percik air lembutlah ia...! Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga? Sentuh dasarnya, lunaklah ia...! Benarkah begitu...? Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau! Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir, kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku! Bahtera ini, arah kita tak serupa padamu... aku dendam yang tak terungkai, padaku... kau sahabat yang melukakan Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?
***
Bacalah hati perempuan NAZAWATI dalam Teluki Itu untuk Aku. Bandingkan dia dengan hati anda sendiri!
Dalam juraian hujan...mengapa ucapan perpisahan yang kau lafazkan... Aku sesekali tidak pernah buang dirimu dari hatiku. Sesekali tidak. Dan tidak mungkin! Kerana masih ada janji-janji kita yang belum tertunai. Harapan dan impian indah di Sungai Thames... aku ingin ulanginya dalam bulan madu kita. Namun entah di mana silapnya... hujan panas menenggelamkan harapan dan impian yang hampir tertunai. Dan lumrah orang bercinta... kau dan aku tidak sunyi daripada sengketa dan salah sangka. Lalu perpisahan pun menjadi noktah kasih sayang. Namun tidak menoktahkan rasa rindu yang saban hari hadir memayungi hati, membasahkan ingatanku daripada terus melupakanmu, meletakkan aku dalam kancah resah yang tidak sudah. Amirul Taufiq... aku akur bila ada gadis lain jatuh cinta padamu. Dan salah seorang daripadanya bukanlah asing padaku. Insan yang aku sanjungi... yang menyebabkan aku mampu bernafas dan tersenyum sehingga ke hari ini. Pengorbanannya juga bukan sedikit untukku lukakan hatinya. Aku masih belum tergamak untuk memusnahkan impian indahnya... juga impian indah mereka... impian indah untuk hidup bersamamu. Nyatanya aku juga tidak mampu untuk lupakan dirimu dari hatiku. Namun apalah sangat dengan pengorbananku yang sekecil ini. Lalu aku izinkan hati ini dilukai. Kerana kebahagiaan yang sebenar ialah bila kita mampu berkorban untuk orang yang disayangi. Pedulikan hati sendiri... kerana orang lain tidak perlu tahu apa yang kita rasa. Dan kalau memang jodoh itu milik kita... aku tidak akan teragak-agak untuk menerimamu kembali. Menerima dan melupakan sengketa lama yang menyebabkan kau dan aku menderita...


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Monday, April 27, 2009
::cerita aku::

Minggu yang meletihkan! Betul aku tak sangka...punya la banyak masa yang aku tak perlu kerja lebih masa untuk kerja-kerja aku..masa nak pesta buku ni la, tiba-tiba datang bertimpa kerja yang perlu diselesaikan dalam masa dua minggu yang sama serentak dengan pesta buku! Uwaa..sepanjang masa tu, punylah aku tension..bos aku sure tak akan benarkan sesiapa bercuti! Bos ni betullah, masa ni lah ko dapat projek lain. Bagus tu memang la bagus, bolehlah ko bagi bonus lebih sikit seperti yang ko janjikan masa bulan 5 ni..tapi bos..masa kesibukan tu..tolonglah...aku perlu bercuti untuk duty! Dengan dada yang berdebar...aku tawakal aje hulur borang cuti kat bos. Tergagap-gagap aku mintak dan dengan dahi yang berkerut-kerut dia sign juga borang itu. Diluluskan! Uawaa...terharunya aku! Bos...moga-moga murah rezeki bos..harap-harap dapat projek lain lagi. Kali ini aku akan bagi seratus peratus komitmen aku pada kerja!huhuh...

Posted at Monday, April 27, 2009 by lobakbiru

lobakbiru
April 30, 2009   08:19 PM PDT
 
utk pearl jade...
minta maaf akak lmbt blas..beberapa hari ni sibuk mengejar dateline yang tertangguh.huhuh..sibuk btl akak sebelum dan selepas pesta buku.nak buat mcm mana..redho ajelah..hukhuk
psl novel teluki..sejujur-jujurnya akak sgt terharu apa yang adik pearl tulis di sini.sejujurnya juga..mmg akak ikhlas sgt pada pembaca2 yang dapatkan novel teluki tu.tak tahu nak letakkan hati ni bagaimana.mmg akak gembira pada semua org sepanjang pesta buku tu.hargai sgt pada adik jade dan yg lain2 tu.terima kasih ya.nanti jade boleh email kat akak?nak kenal la.salam perkenalan juga dari akak utk adik pearl jade :-)
pearl jade
April 27, 2009   07:54 PM PDT
 
salam kak naza
thanx ya utk keychain 2
sya suka sangat kat akak
sebab akak friendly
saya dapat rasakan keikhlasan akak layan peminat2 akak
secara jujurnya,saya susah nak minat novelis yg sangat tak kenal
agak keberatan mula2 2 nak beli buku akak
orang cakap best so saya beli digerai js semalam
alhamdulillah,berbaloi sangat2 saya beli buku 2
sebab saya nampak akak sangat gembira masa saya nak mintak tt akak semalam
xpernah saya dapat novelis yg segembira akak
teruskan menulis ya kak
salam perkenalan
saya nantikan kemunculan novel akak yg lain
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry