 |
perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti..
Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?
Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
Percik air lembutlah ia...!
Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!
Benarkah begitu...?
Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau!
Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir,
kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku!
Bahtera ini, arah kita tak serupa
padamu... aku dendam yang tak terungkai,
padaku... kau sahabat yang melukakan
Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini,
kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?
***
Bacalah hati perempuan NAZAWATI dalam Teluki Itu untuk Aku. Bandingkan dia dengan hati anda sendiri!
Dalam juraian hujan...mengapa ucapan perpisahan yang kau lafazkan...
Aku sesekali tidak pernah buang dirimu dari hatiku. Sesekali tidak. Dan tidak mungkin! Kerana masih ada janji-janji kita yang belum tertunai. Harapan dan impian indah di Sungai Thames... aku ingin ulanginya dalam bulan madu kita. Namun entah di mana silapnya... hujan panas menenggelamkan harapan dan impian yang hampir tertunai. Dan lumrah orang bercinta... kau dan aku tidak sunyi daripada sengketa dan salah sangka. Lalu perpisahan pun menjadi noktah kasih sayang. Namun tidak menoktahkan rasa rindu yang saban hari hadir memayungi hati, membasahkan ingatanku daripada terus melupakanmu, meletakkan aku dalam kancah resah yang tidak sudah. Amirul Taufiq... aku akur bila ada gadis lain jatuh cinta padamu. Dan salah seorang daripadanya bukanlah asing padaku. Insan yang aku sanjungi... yang menyebabkan aku mampu bernafas dan tersenyum sehingga ke hari ini. Pengorbanannya juga bukan sedikit untukku lukakan hatinya. Aku masih belum tergamak untuk memusnahkan impian indahnya... juga impian indah mereka... impian indah untuk hidup bersamamu. Nyatanya aku juga tidak mampu untuk lupakan dirimu dari hatiku. Namun apalah sangat dengan pengorbananku yang sekecil ini. Lalu aku izinkan hati ini dilukai. Kerana kebahagiaan yang sebenar ialah bila kita mampu berkorban untuk orang yang disayangi. Pedulikan hati sendiri... kerana orang lain tidak perlu tahu apa yang kita rasa. Dan kalau memang jodoh itu milik kita... aku tidak akan teragak-agak untuk menerimamu kembali. Menerima dan melupakan sengketa lama yang menyebabkan kau dan aku menderita...
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Monday, April 27, 2009
Sebenarnya aku rasa sangat-sangat terharu untuk sambutan Teluki Itu Untuk Aku di pesta buku. Pada anda semua yang telah membeli Teluki Itu Untu Aku, harapnya setiap patah perkataan dari novel itu dapat membayar kesudian anda membeli novel teluki. Baik atau sebaliknya...harap ia tetap menggalkan kesan. dan juga aku ingin katakan di sini..aku ingin hulurkan terima kasih tak terhingga pada Jemari Seni kerana JS lah lahirnya novel teluki. Tanpa JS, tiadalah Teluki Itu Untuk Aku. Buat kaksu, kakyah dan juga pada abang rosdi terima kasih kerana telah terbitkan novel yang tak sepertinya ini.
Untuk warga JS yang lain...buat hanis, nawwir, adhan dan juga pada korang-korang yang datang menolong di booth JS sepanjang pesta buku..seronok kenal korang. korang memang baik sangat. Entah bila dapat bersama dengan korang lagi kan. Buat teman-teman penulis JS yang lain, John Norafizan, Nazurah, Syud, Iman Xara, Pingu Toha...korang pun memang best! Mesra dan friendly sangat. Ingatan di pesta buku 2009 ni, aku akan ingat sampai bila-bila. Dan juga buat penyokong JS yang lain yang peramah dan mesra..buat geng kicap, kakwan ulat buku, kak noor dan korang-korang yang tak tersebut namanya di sini...aku ingin bagitahu di sini..seronok dapat kenal korang tau. Buat kawan-kawan di KMC dan juga di forum Cari, walaupun ada yang datang tak kenalkan diri dari forum Cari, terima kasih sangat korang dapatkan novel aku yang tak sepertinya itu.huhuh..
Juga untuk teman-teman aku yang sanggup datang dan bertemu aku memberi sokongan mengharungi lautan manusia di pwtc...untuk adik, along, zana, kak im, miza, eskrem, yazriena, zu kedatangan korang sesungguhnya memberi semangat. dan buat temanku linda..aku memang terharu sangat bila kau datang hari tu. aku tahu sangat kesibukan kau yang tak kira waktu tu..dengan bisnes kau yang memerlukan kau bekerja di setiap hujung minggu..tapi bila kau datang di booth JS hari tu dengan membeli senyap-senyap novel aku, dan dengan hadiah pemberi semangat 'Tesaurus Bahasa Melayu' dan juga cover teluki di mug itu..kau tahu...aku terharu sangat. Aku tak tahu macam mana kau boleh letakkan cover teluki di mug tu...tapi ia sangat mengesankan hati.
Dan buat seseorang, walaupun kau dah berjanji tak akan masuk ke blog aku ini..aku ingin tinggalkan di sini ingatan yang tak terhingga buat dirimu. Terima kasih untuk segalanya...
Sekian, itu sajalah dedikasi aku...
Posted at Monday, April 27, 2009 by lobakbiru
 |  |  | lobakbiru May 28, 2009 06:34 PM PDT
salam kak ShalbySalbina..
kelmarin sy smpt masuk blog akak.tp akak baru nak start baca citer teluki.dan hari ni akak dah abis baca dah ada review novel ni di sana.akak..terima kasih byk2 ye utk komen tu.semua komen2 yg sy dpt..akan jadikan smgt ni utk novel seterusnya.Insya Allah.. :) |  |
  |  |  | ShalbySalbina May 28, 2009 08:24 AM PDT
Tahniah untuk novel Teluki Itu Untuk Aku, tak sangka best sangat novel ni. Rasanya aku yang jadi watak utama, menyentuh peraaan betul... feeling habis!!! Tahniah. |  |
  |  |  | lobakbiru May 10, 2009 12:55 PM PDT
salam lena..
sorry tlmbt bls kat sini.bz plak 2-3 hari ni.lena..nanti blh email kat akak tak alamat lena?wpun tak seberapa..ada tanda ingatan nak bagi kat lena.tanda ingatan terima kasih sbb dah baca cerita tu dgn penuh perasaan... :-) |  |
  |  |  | lena May 8, 2009 01:23 PM PDT
surat mak seri pon tersentuh sama cam diary fir gak...akk tau hubby kte cakap: "ish.. dr mula buka dah meleleh..lepakla!" haha...(bole hubby kte gelak cam tu) tapi, yela.. x sbr tgu novel baru.. hehe |  |
  |  |  | lobakbiru May 7, 2009 02:28 PM PDT
salam lena....
oooh...kat part tu yek.kat dairi fir la yek yg myentuh hati tu.akak pun tatau part tu menyentuh perasaan.ingat kat surat ibu seri.novel baru?insya Allah..ni tgh memanggil perasaan... |  |
  |  |  | lena May 7, 2009 12:42 PM PDT
salam kak,
paling byk meleleh time bc diary Fir tuh...time Fir call dr KB cakap " i miss you so much" tuh pun, meleleh lagi. adoi! bila akak nak buat novel yg baru? |  |
  |  |  | lobakbiru May 6, 2009 05:26 PM PDT
lena....
kalau novel tu dpt menyentuh hati pembaca...tu satu kepuasan pada saya.
terima kasih yek utk perasaan itu.. :)
p/s: part mana yg buatkan lena menangis tu?rasa nak tahu sgt... |  |
  |  |  | lena May 6, 2009 08:52 AM PDT
best sgt2 teluki itu utk aku...mmg nangis gile2 time bc buku nih..tq byk2 sbb buku nih mmg best.. |  |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|