'...aKU dAN seSUatu...daRI sUDuT iNI...iNILaH aKU...'





   

<< June 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30

perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti.. Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan? Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi? Percik air lembutlah ia...! Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga? Sentuh dasarnya, lunaklah ia...! Benarkah begitu...? Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau! Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir, kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku! Bahtera ini, arah kita tak serupa padamu... aku dendam yang tak terungkai, padaku... kau sahabat yang melukakan Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?
***
Bacalah hati perempuan NAZAWATI dalam Teluki Itu untuk Aku. Bandingkan dia dengan hati anda sendiri!
Dalam juraian hujan...mengapa ucapan perpisahan yang kau lafazkan... Aku sesekali tidak pernah buang dirimu dari hatiku. Sesekali tidak. Dan tidak mungkin! Kerana masih ada janji-janji kita yang belum tertunai. Harapan dan impian indah di Sungai Thames... aku ingin ulanginya dalam bulan madu kita. Namun entah di mana silapnya... hujan panas menenggelamkan harapan dan impian yang hampir tertunai. Dan lumrah orang bercinta... kau dan aku tidak sunyi daripada sengketa dan salah sangka. Lalu perpisahan pun menjadi noktah kasih sayang. Namun tidak menoktahkan rasa rindu yang saban hari hadir memayungi hati, membasahkan ingatanku daripada terus melupakanmu, meletakkan aku dalam kancah resah yang tidak sudah. Amirul Taufiq... aku akur bila ada gadis lain jatuh cinta padamu. Dan salah seorang daripadanya bukanlah asing padaku. Insan yang aku sanjungi... yang menyebabkan aku mampu bernafas dan tersenyum sehingga ke hari ini. Pengorbanannya juga bukan sedikit untukku lukakan hatinya. Aku masih belum tergamak untuk memusnahkan impian indahnya... juga impian indah mereka... impian indah untuk hidup bersamamu. Nyatanya aku juga tidak mampu untuk lupakan dirimu dari hatiku. Namun apalah sangat dengan pengorbananku yang sekecil ini. Lalu aku izinkan hati ini dilukai. Kerana kebahagiaan yang sebenar ialah bila kita mampu berkorban untuk orang yang disayangi. Pedulikan hati sendiri... kerana orang lain tidak perlu tahu apa yang kita rasa. Dan kalau memang jodoh itu milik kita... aku tidak akan teragak-agak untuk menerimamu kembali. Menerima dan melupakan sengketa lama yang menyebabkan kau dan aku menderita...


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Thursday, June 11, 2009
:: spoiler! Teluki.. ::

Aku buka entri ni sebab berminat nak menjawab persoalan adhan di blognya http://dunia-novel.blogspot.com/ yg telah membuat review novel Teluki Itu Untuk Aku. Untuk Adhan terima kasih untuk review yang bagus itu. Saya sangat hargainya. Review tu memang mampu buatkan saya tersenyum sendiri. Tentang persoalan adhan tu, saya jawabnya kat sini.

Oh ya..bagi sesiapa yang belum membaca novel Teluki, aku tak ingin buat spoiler kat entri ini, jadinya pada sesiapa yang dah baca yang ingin mengetahui persoalan yang ditanya adhan di blognya ini..harap korang boleh highlightkan apa yang aku tulis ni bawah ni...

Tentang persoalan Ajmal yang di tanya oleh adhan.oh ya...biarlah aku qoute sikit apa yg di tanya oleh adhan tu

"keseluruhan jalan cerita ok cuma aku tak puas hati sikit je...apa sebab Ajmal jadi macam tu? 2-3 kali aku baca TIUA tapi aku tak jumpa juga punca Ajmal jadi gitu...adakah sebab dia ada perasaan pada Seri makan dia jadi gitu?hah, soalan ni cik penulis kena jawab ek.."

huhuh adhan..terjentik-jentik hati saya ingin menjawabnya. untuk pengetahuan adhan dan pada sesiapa yang dah baca TIUA, dihujung pengahkiran cerita tu, sebanarnya ada lebih lagi penjelesan yang lengkap, terutamanya berkenaan keadaan Ajmal dan kenapa dia jadi sampai macam tu sekali. Dalam manuskrip asal beberapa perkara telah mengalami proses suntingan dan...penjelasan lengkap berkenaan Ajmal pun telah mengalami proses tu.

Oklah..macam ni lah..bagi memuaskan hati adhan dan lain2 tu..biarlah saya masukkan sedikit manuskrip original dari cerita TIUA, penjelasan dari Pakcik Mustapha, ayah Ajmal menceritakan lebih lengkap lagi keadaan Ajmal yang sebenarnya. Untuk adhan, bacalah manuskrip versi asal ni yang tak ada di dalam novel...

 "Semuanya memang salah Pakcik Mus! Dan...Ajmal pula...tak sangka sanggup mengulangi kisah sedih tu kepada Seri. Kalaulah Seri tahu...Ajmal yang paling tertekan bila dapat tahu kisah tu. Pakcik Mus tak tahu apa yang difikirkannya, selepas dapat tahu perkara tu...Ajmal jadi lain. Bila dapat tahu pula yang dia juga sekian lama cintakan Seri...lagi Pakcik Mus bimbang. Katanya dia tak mahu putih mata seperti Pakcik Mus...katanya biar apa cara sekali pun dia akan dapatkan Seri. Pakcik Mus takut sangat ia akan berlaku lagi! Pakcik Mus suruh dia balik, untuk berubat agar jiwanya tenteram...tapi sekejap saja, kemudian dia buat balik. Sampailah kejadian malam tadi...dia berjaya lepaskan dirinya selepas dia mengamuk pada petang tu bila dapat call dari Seri dan Fir. Katanya dia dah tak boleh sabar lagi...dia akan pasti dapatkan Seri, tak mahu keadaan yang sama pernah berlaku pada Pakcik Mus. Sebenarnya dia memang sayangkan Seri dan Fir sangat-sangat bila dia dalam keadaan sedar, tapi bila dia hilang kawalan...dia jadi lain! Dan itulah yang dah berlaku malam tadi Seri...Tak tahu Pakcik Mus nak cakap betapa kesalnya Pakcik Mus bila Ajmal tergamak melakukan tu pada Seri begitu." Panjang luahan Pakcik Mustapha membuatkan aku serta Firdaus bingung memikirkannya. Dan kesedihan yang kami tanggung lebih lagi terasa. Tidak terkata lagi kami berdua.

"Seri...Fir...tolonglah maafkanlah Ajmal. Semua yang dah berlaku ni bukan salah Ajmal tapi berpunca dari Pakcik Mus sendiri. Dia sebenarnya sedih dan tertekan...lagi pula dia terlalu cintakan Seri. Tapi jodoh Fir dan Seri lebih kuat...setidak-tidaknya Pakcik Mus bersyukur kehancuran lalu terubat sedikit bila melihat Fir dan Seri terikat dalam ikatan yang paling mengembirakan Pakcik Mus. Sekarang ni satu saja yang Pakcik Mus minta...tak tahu samada Seri dan Fir boleh berikannya. Boleh tak maafkan Pakcik Mus dan Ajmal?"

Aku terkedu lagi! Ya ALLAH...tidak kusangka sesungguhnya, ini sebenarnya yang berlaku...


Pada sesiapa yang tak nampak tu..huhuh..ni bkn ayat tanpa huruf yek! Ayatnya ada...tapi perlu di highlight kan. Hehe..tak pernah2 aku buat cam ni. Oklah, aku stop dulu kat sini. Pada adhan harap-harap ayat di atas dapat menjelaskan segala-galanya... :-)

                   

Posted at Thursday, June 11, 2009 by lobakbiru

hanys
October 15, 2009   07:07 PM PDT
 
salam. saya suka TIUA. best. padat. jalan citer bagus, misteri.kenapa dan ap yg terjadi antara seri dan Fir sampai teruk sgt bergaduh. dan saya tak sabar sgt na habiskan.. good job. tak sabar nak baca next projek. ada ker?? :) oh, saya ada wat comen kat blog saya.. feel free to browse ye
yanas
July 2, 2009   01:29 PM PDT
 
masa baca novel tu mmg dah tahu ajmal ada prsaan pada seri...cuma xtahu punca dia jadi cmtu..cm tgantung pasal ajmal tu...
pape pun best citer ni...pas hbs baca blh ulg2 lg...
lobakbiru
June 12, 2009   02:16 PM PDT
 
sebenarnya untuk seri, Ajmal sanggup buat saja. tapi tulah..dalam cerita ni jodoh Seri bkn dengan Ajmal wpun byk yg dah Ajmal korban.huhuh..sbnrnya bg sy sendiri kesian sgt kat watak Ajmal.krn tekanan dia jg mcm tu.tapi nak buat mcm mana.hrp penjelasan tu dah jelaskan psl Ajmal ni..

novel baru?huhuh..dlm perancangan.Insya Allah.
dgn cesb dah tak kuar buku lagi?hehe..tak boleh nak ckp lg la adhan.mana tahu sy nak cuba dgn mana2 syarikat penerbitan lain juga.tp setakat ni dgn JS sy rs selesa :-)
adhan
June 12, 2009   07:02 AM PDT
 
dah agak dah mesti sebab Ajmal ada perasaan pada Seri..tu pasal dia jadi gitu tapi nak kepastian kan..hehehehe..TQ TQ atas penjelasan..TQ juga kerana menerima review saya tu....ni ada satu lagi soalan..bila nak kuar buku seterusnya? dgn cesb dah tak kuar buku ke?
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry