|
![]() Aku letakkan di sini, cover dan 'blurb' Teluki itu Untuk Aku. Setinggi penghargaan dan terima kasih pada kaksu dan kakyah kerana telah memaknakan buah tangan aku ini... *** pe perasaan ini
bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau.
Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang,
dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang
menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan? Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak
nasi? Percik air lembutlah ia... Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga? Sentuh dasarnya, lunaklah ia... Benarkah begitu...? Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki
seperti kau! Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah
lagi memahami aku Fir, kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku. Bahtera ini, arah kita tak serupa padamu... aku dendam yang tak terungkai, padaku... kau sahabat yang melukakan Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir? *** Bacalah hati perempuan NAZAWATI dalam
Teluki Itu untuk Aku. Bandingkan dia dengan
hati anda sendiri! |
| Leave a Comment: |