Entry: ::dedikasi:: Monday, April 27, 2009



Sebenarnya aku rasa sangat-sangat terharu untuk sambutan Teluki Itu Untuk Aku di pesta buku. Pada anda semua yang telah membeli Teluki Itu Untu Aku, harapnya setiap patah perkataan dari novel itu dapat membayar kesudian anda membeli novel teluki. Baik atau sebaliknya...harap ia tetap menggalkan kesan. dan juga aku ingin katakan di sini..aku ingin hulurkan terima kasih tak terhingga pada Jemari Seni kerana JS lah lahirnya novel teluki. Tanpa JS, tiadalah Teluki Itu Untuk Aku. Buat kaksu, kakyah dan juga pada abang rosdi terima kasih kerana telah terbitkan novel yang tak sepertinya ini.

Untuk warga JS yang lain...buat hanis, nawwir, adhan dan juga pada korang-korang yang datang menolong di booth JS sepanjang pesta buku..seronok kenal korang. korang memang baik sangat. Entah bila dapat bersama dengan korang lagi kan.
Buat teman-teman penulis JS yang lain, John Norafizan, Nazurah, Syud, Iman Xara, Pingu Toha...korang pun memang best! Mesra dan friendly sangat. Ingatan di pesta buku 2009 ni, aku akan ingat sampai bila-bila. Dan juga buat penyokong JS yang lain yang peramah dan mesra..buat geng kicap, kakwan ulat buku, kak noor dan korang-korang yang tak tersebut namanya di sini...aku ingin bagitahu di sini..seronok dapat kenal korang tau. Buat kawan-kawan di KMC dan juga di forum Cari, walaupun ada yang datang tak kenalkan diri dari forum Cari, terima kasih sangat korang dapatkan novel aku yang tak sepertinya itu.huhuh..

Juga untuk teman-teman aku yang sanggup datang dan bertemu aku memberi sokongan mengharungi lautan manusia di pwtc...untuk adik, along, zana, kak im, miza, eskrem, yazriena, zu kedatangan korang sesungguhnya memberi semangat. dan buat temanku linda..aku memang terharu sangat bila kau datang hari tu. aku tahu sangat kesibukan kau yang tak kira waktu tu..dengan bisnes kau yang memerlukan kau bekerja di setiap hujung minggu..tapi bila kau datang di booth JS hari tu dengan membeli senyap-senyap novel aku, dan dengan hadiah pemberi semangat 'Tesaurus Bahasa Melayu' dan juga cover teluki di mug itu..kau tahu...aku terharu sangat. Aku tak tahu macam mana kau boleh letakkan cover teluki di mug tu...tapi ia sangat mengesankan hati.

Dan buat seseorang, walaupun kau dah berjanji tak akan masuk ke blog aku ini..aku ingin tinggalkan di sini ingatan yang tak terhingga buat dirimu. Terima kasih untuk segalanya...

Sekian, itu sajalah dedikasi aku...

   8 comments

lobakbiru
May 28, 2009   06:34 PM PDT
 
salam kak ShalbySalbina..
kelmarin sy smpt masuk blog akak.tp akak baru nak start baca citer teluki.dan hari ni akak dah abis baca dah ada review novel ni di sana.akak..terima kasih byk2 ye utk komen tu.semua komen2 yg sy dpt..akan jadikan smgt ni utk novel seterusnya.Insya Allah.. :)
ShalbySalbina
May 28, 2009   08:24 AM PDT
 
Tahniah untuk novel Teluki Itu Untuk Aku, tak sangka best sangat novel ni. Rasanya aku yang jadi watak utama, menyentuh peraaan betul... feeling habis!!! Tahniah.
lobakbiru
May 10, 2009   12:55 PM PDT
 
salam lena..
sorry tlmbt bls kat sini.bz plak 2-3 hari ni.lena..nanti blh email kat akak tak alamat lena?wpun tak seberapa..ada tanda ingatan nak bagi kat lena.tanda ingatan terima kasih sbb dah baca cerita tu dgn penuh perasaan... :-)
lena
May 8, 2009   01:23 PM PDT
 
surat mak seri pon tersentuh sama cam diary fir gak...akk tau hubby kte cakap: "ish.. dr mula buka dah meleleh..lepakla!" haha...(bole hubby kte gelak cam tu) tapi, yela.. x sbr tgu novel baru.. hehe
lobakbiru
May 7, 2009   02:28 PM PDT
 
salam lena....
oooh...kat part tu yek.kat dairi fir la yek yg myentuh hati tu.akak pun tatau part tu menyentuh perasaan.ingat kat surat ibu seri.novel baru?insya Allah..ni tgh memanggil perasaan...
lena
May 7, 2009   12:42 PM PDT
 
salam kak,
paling byk meleleh time bc diary Fir tuh...time Fir call dr KB cakap " i miss you so much" tuh pun, meleleh lagi. adoi! bila akak nak buat novel yg baru?
lobakbiru
May 6, 2009   05:26 PM PDT
 
lena....
kalau novel tu dpt menyentuh hati pembaca...tu satu kepuasan pada saya.
terima kasih yek utk perasaan itu.. :)

p/s: part mana yg buatkan lena menangis tu?rasa nak tahu sgt...
lena
May 6, 2009   08:52 AM PDT
 
best sgt2 teluki itu utk aku...mmg nangis gile2 time bc buku nih..tq byk2 sbb buku nih mmg best..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments