|
Agak lama juga aku tak update blog ni. Sejujurnya aku memang agak sibuk kebelakang an ni. Tak tahulah mana datangnya sibuk tu, tapi yang pastinya meeting dan kerja-kerja dipejabat tak pernah habis rasanya. Lagipun aku bukan peminat tegar untuk mengupdate blog ini sentiasa.Tak tahulah kenapa aku tak rajin berblog.huhuh... Oh..ok, kita lupakan pasal sibuk dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya ada beberapa permintaan dari kawan-kawan aku di forum KMC yang meng'sms' aku dan juga dari kawan-kawan aku yang lain minta aku letakkan versi asal ending novel Teluki ini. Fuhh...kalau nak publish di sini...mungkin aku agak keberatan. Sebab bagi aku apa yang ada dalam novel tulah endingnya. Walau apa pun ia tetap happy ending kan? :-) Sebut pasal pengakhiran cerita..aku teringat kata kaksu. Sesuatu pengakhiran sebuah cerita..jangan di lepaskan semua. Tinggalkan sedikit untuk pembaca. Sebab itulah pengakhiran Teluki hanya setakat itu saja.Tapi itulah, untuk memenuhi permintaan kawan-kawan aku, aku tak mungkin letakkan pengakhiran versi asal Teluki di sini. Di email mungkin juga. Insya Allah, untuk korang yang minta versi original ending Teluki aku akan email jika ada kesempatan. Tapi sekarang aku ada sedikit masa, bagi yang ingin mengetahui serba sedikit sedutan cerita Teluki Itu untuk Aku (untuk mereka yang belum membaca novel ini) untuk entri seterusnya aku akan letakkan beberapa sedutan cerita aku yang tak sepertinya ini. Harap-harap ia dapat membuka persepsi anda. |
| n_akn May 28, 2009 10:25 PM PDT takpe.. saya setia menunggu.. :) | ||
| lobakbiru May 25, 2009 09:39 PM PDT sorry pada n_akn..rasa agak lmbt nak email ending asal citer ni.agak terbz plak dalam seminggu 2 ni.byk out station.smp x smpt nak mempdfkan ending ni. pd yg saya janji tu..sorry eh..lmbt sket.insya Allah..lmbt cpt..saya email.. :-) | ||
| lobakbiru May 22, 2009 07:52 PM PDT salam n_akn... minta maaf lmbt skit bls post ni.. bape hari ni out station.. err...a_akn pun nak tau ending versi sebenar teluki? ok, insya Allah..dalam sehari 2 ni saya email ok. | ||
| n_akn May 21, 2009 10:15 PM PDT salam kak nazawati.. nak tau jugak ending teluki versi sebenar.. :) [nailah_ak88@yahoo.com] | ||
| Leave a Comment: |